Masa kecik-kecik, Mak jalan kaki dekat 1km hantar & amik gua balik sekolah. Hujan ke, panas ke, Mak tak pernah lambat. Gua masih ingat satu hari tu hujan. Hujan lebat. Mak tunggu depan kelas dengan payung. Mak senyum je tengok gua dalam kelas. Gua nampak mak, gua lambai-lambai, terus lari peluk mak.
Masa kecik-kecik, gua pernah cakap dengan arwah Mak, "Nanti akim besar akim belikan Mak kereta Mercedes tau! Nanti mak boleh pegi jalan-jalan bawak kereta tu." Mak senyum. Dia balas, "Takyah la kim, kau belajar rajin-rajin je da cukup..."
Masa gua kena gigit anjing sampai terkeluar daging-daging kat lengan gua dulu, Mak yang gelabah lebih, pucat lesi bawak gua pergi klinik macam dia pulak yang hilang darah lagi banyak dari gua.
Masa gua kena gastrik dulu, Mak pun kena gastrik jugak. Tapi Mak jugak yang tolong sapukan minyak angin kat gua. Padahal sama-sama kena gastrik.. Lepas-lepas tu, sampai arwah Mak tenat pun dia tak pernah lupa pesan kat gua suruh makan. Takut gua kena gastrik lagi.
Masa gua belajar dulu, gua penah janji dengan diri gua. Nanti gua nak kawen, gua nak bagi kat Mak RM 20 000. Biar dia yang buat semua. Dia tak payah susah-susah keluar duit.
Masa gua baru nak start business, gua pernah janji pada diri gua nak bawak Mak dengan Ayah pegi holiday. Gua plan nak bawak diorang pegi Pulau Tioman je.
Tapi tu semua rancangan gua je. Mak pergi sebelum sempat gua tunaikan janji-janji gua pada arwah Mak & janji-janji gua pada diri sendiri...
Mak, kalau akim tau akim ada masa 23 tahun je dengan mak, dengan nama Allah akim takkan tinggi suara dengan mak.
Mak, kalau la akim tau akim ada 23 tahun je dengan mak, dengan nama Allah, takkan sekali pun akim sakitkan hati mak..
Mak, masa Mak sakit dulu akim pernah doa pada tuhan mintak sakit Mak tu pindah pada akim. Kalau tak dapat semua, dapat sikit pun jadik lah. Akim tak sanggup tengok mak macam tu. Alhamdulillah, tuhan makbulkan doa akim. Tapi apa yang akim rasa tu mungkin 1% je..
Mak, masa mak sakit dulu tiap malam mak mesti tanya akim da balik belum. Sayangnya mak pada anak mak ni yang selalu buat mak sakit hati. Tapi tiap malam jugak akim tak pernah lupa nak jenguk mak dalam bilik setiap kali akim balik dari ofis..
Mak, masa hari pertama mak pergi dulu, akim ada doa pada tuhan mintak tukar nyawa mak dengan nyawa akim. Akim rela akim yang mati dulu sebab akim nak mak bahagia dengan anak-anak mak yang lain. Akim nak mak gembira dengan cucu-cucu mak..
Masa mak datang dalam mimpi akim dulu, mak mintak maaf pada Ihtidar, cucu mak. Mak mintak maaf sebab tak dapat jaga dia. Mak, seminggu akim nangis mak..
Mak, dah dekat dua tahun Mak pergi. Tapi tiap kali akim ziarah kubur mak, akim tak boleh tahan air mata ni dari keluar..
Mak, akim mintak maaf sebab selalu sakitkan hati mak.
Mak, maafkan akim sebab selalu melawan cakap mak.
Mak, akim mintak maaf sebab selalu susahkan hati mak.
Maafkan akim mak. Akim tau akim ni anak yang degil. Anak mak yang paling degil.
Mak, terima kasih kerana sebab didik akim jadik manusia.
Terima kasih atas segala pengorbanan mak.
Semoga Allah tempatkan mak bersama-sama orang-orang yang beriman.
Allayarhamah Hajjah Tuminah Bt Haji Ngaidin (1950 - 2008)
0 comments:
Post a Comment