006 - I Missed You Mom

Saturday, June 12 | |



*Antara potret-potret terakhir yang sempat dirakamkan*

Masa kecik-kecik, Mak jalan kaki dekat 1km hantar & amik gua balik sekolah. Hujan ke, panas ke, Mak tak pernah lambat. Gua masih ingat satu hari tu hujan. Hujan lebat. Mak tunggu depan kelas dengan payung. Mak senyum je tengok gua dalam kelas. Gua nampak mak, gua lambai-lambai, terus lari peluk mak.

Masa kecik-kecik, gua pernah cakap dengan arwah Mak, "Nanti akim besar akim belikan Mak kereta Mercedes tau! Nanti mak boleh pegi jalan-jalan bawak kereta tu." Mak senyum. Dia balas, "Takyah la kim, kau belajar rajin-rajin je da cukup..."

Masa gua kena gigit anjing sampai terkeluar daging-daging kat lengan gua dulu, Mak yang gelabah lebih, pucat lesi bawak gua pergi klinik macam dia pulak yang hilang darah lagi banyak dari gua.

Masa gua kena gastrik dulu, Mak pun kena gastrik jugak. Tapi Mak jugak yang tolong sapukan minyak angin kat gua. Padahal sama-sama kena gastrik.. Lepas-lepas tu, sampai arwah Mak tenat pun dia tak pernah lupa pesan kat gua suruh makan. Takut gua kena gastrik lagi.

Masa gua belajar dulu, gua penah janji dengan diri gua. Nanti gua nak kawen, gua nak bagi kat Mak RM 20 000. Biar dia yang buat semua. Dia tak payah susah-susah keluar duit.

Masa gua baru nak start business, gua pernah janji pada diri gua nak bawak Mak dengan Ayah pegi holiday. Gua plan nak bawak diorang pegi Pulau Tioman je.

Tapi tu semua rancangan gua je. Mak pergi sebelum sempat gua tunaikan janji-janji gua pada arwah Mak & janji-janji gua pada diri sendiri...

Mak, kalau akim tau akim ada masa 23 tahun je dengan mak, dengan nama Allah akim takkan tinggi suara dengan mak.

Mak, kalau la akim tau akim ada 23 tahun je dengan mak, dengan nama Allah, takkan sekali pun akim sakitkan hati mak..

Mak, masa Mak sakit dulu akim pernah doa pada tuhan mintak sakit Mak tu pindah pada akim. Kalau tak dapat semua, dapat sikit pun jadik lah. Akim tak sanggup tengok mak macam tu. Alhamdulillah, tuhan makbulkan doa akim. Tapi apa yang akim rasa tu mungkin 1% je..

Mak, masa mak sakit dulu tiap malam mak mesti tanya akim da balik belum. Sayangnya mak pada anak mak ni yang selalu buat mak sakit hati. Tapi tiap malam jugak akim tak pernah lupa nak jenguk mak dalam bilik setiap kali akim balik dari ofis..

Mak, masa hari pertama mak pergi dulu, akim ada doa pada tuhan mintak tukar nyawa mak dengan nyawa akim. Akim rela akim yang mati dulu sebab akim nak mak bahagia dengan anak-anak mak yang lain. Akim nak mak gembira dengan cucu-cucu mak..

Masa mak datang dalam mimpi akim dulu, mak mintak maaf pada Ihtidar, cucu mak. Mak mintak maaf sebab tak dapat jaga dia. Mak, seminggu akim nangis mak..

Mak, dah dekat dua tahun Mak pergi. Tapi tiap kali akim ziarah kubur mak, akim tak boleh tahan air mata ni dari keluar..

Mak, akim mintak maaf sebab selalu sakitkan hati mak.
Mak, maafkan akim sebab selalu melawan cakap mak.
Mak, akim mintak maaf sebab selalu susahkan hati mak.
Maafkan akim mak. Akim tau akim ni anak yang degil. Anak mak yang paling degil.
Mak, terima kasih kerana sebab didik akim jadik manusia.
Terima kasih atas segala pengorbanan mak.
Semoga Allah tempatkan mak bersama-sama orang-orang yang beriman.



Allayarhamah Hajjah Tuminah Bt Haji Ngaidin (1950 - 2008)

005 - Misi giler

Tuesday, May 25 | |

1830hr - 25 May 2010
Gua sampai rumah dengan moto kapcai gua. Arini kenapa tah boleh laju macam ribut. Selalu nak cecah 90km/j punya la susah. Macam nak gugur enjin moto tu.

1835hr
Sampai-sampai je rumah, gua terus terbaring kat bilik gua. Penat. Rasa macam lagi penat dari angkat 10 guni beras cap kapal layar. Badan lebam sana sini. Calar balar. Lutut kiri bengkak. Haish.. Nak buat macam mana kan, saya yang menurut perintah.. Chait! Ptuih!

1850hr
Tengah gua sedap-sedap layan angin ribut kipas dalam bilik, adik sedara gua buat seprais. Nasib baik gua tak sexy sangat. Pakcik gua sampai. Gua tekejut! Bapak gua cakap ni kasik settle adik beradik je.

1905hr
Gua teman pakcik gua makan asam pedas yang ibu gua masak. Masyuk!!! Tapi gua makan sikit jer da kenyang. Serius. Gua pun tak tau pehal dengan gua. Padahal gua kalau makan asam pedas mana penah kenyang!

1945hr
Ibu gua da start marah. Gua tak mandi lagi. Bukan gua malas nak mandi. Badan gua penuh luka.. Nanti kena air, kena sabun, pedih siot!! Gua ni kan fragile. Sweet kan?

2010hr
Turn pakcik kesayangan gua pulak marah gua. Semua orang da nak gerak, gua tak siap lagi. Gua boleh plak layan smoking kat luar rumah. Gua buat-buat cool depan Cik Ya.

2018hr
Tetiba gua gelabah sebab tak call member-member untuk backup gua nanti. Gua call Lawyer, tak angkat. Call Rin, otw balik dari amik bini dia. Call Ding, baru sampai rumah. Pergh! Mana boleh takda backup. Badan gua tak cukup fit ni.

2030hr
Last-last gua angkut Ding dengan Keck. Tu pun lepas gua paksa si Ding. Keck plak macam tak caya misi gua jap lagi. Lepas pikap diorang kat rumah, kak ngah suh gerak terus. Nanti jumpa kat sana jer.

2058hr
Gua text kak ngah tanya kat mana. Dia reply da sampai simpang. Tak pasal-pasal tetiba lak gua sejuk. Rupanya aircond keta, gua pasang yang paling sejuk. Hampeh. Patut r sejuk. Gua text pulak pada tuan rumah, gua da nak sampai. Sepanjang jalan Ding yang banyak sembang dengan Keck. Gua diam je. Kadang-kadang je gua bersuara. Itu pun buat-buat cover macam gua cool. Gua nebes tak tentu pasal. Apehal tah. Benda kecik je pun. Tapi takpe, yang penting, benda ni kena setel malam ni jugak. Gua nekad. Tak mau tangguh-tangguh lagi.

2100hr
Gua sampai depan rumah, gua rilek-rilek jap.. Tunggu semua da ada, baru gua gegar. Gua nampak jer tuan rumah, gua bagi salam kuat-kuat. Biar nampak macam gangster. Gua jalan slow & steady pegi depan pintu. Tuan rumah keluar je pintu, gua terus salam. Baru nampak macam pro...

2108hr
Gua, Ding, Keck masuk keta. Main jauh-jauh. Hal orang tua mana boleh campur. Lagi pun gua malas. Nanti gua pulak yang lagi banyak cakap dari bapak gua. Sebelum gua gerak, gua pesan kat bapak gua, kalau apapahal kontek gua. Nanti gua datang backup.

2132hr
Gua da tak senang duduk. Apehal lama sangat ni. Tak panggil-panggil gua pun. Gua tak puas ati, gua text kak ngah, "Weh, apa cer? Lamanya. Da settle belom?" . Tak reply..

2137hr
Henpon gua bergegar. Kak ngah reply. Gua terus baca, " Da. Kau buat perangai apa. Da xjadi tunang." Gua pulak yang bergegar!

2145hr
Gua sampai terus masuk rumah. Gua lupa bagi salam. Gua keluar balik.. Bagi salam dulu baru gua masuk. Semua orang diam. Diorang rasuah gua dengan soto. Tak jadik gua nak marah sebab sedap..

2200hr
Bapak gua start bersuara balik. Dia baca doa ngan cakap terima kasih. Gua terus lega.. Cipet kak ngah. Gurau kasar ni. Ini boleh jadik gaduh ni.. Sebelum gerak balik, Cik Ya congrates gua.

2300hr
Aweq gua call. Dia geram kat gua sebab gua buat seprais tahap melampau. [Aweq?! Tunang la!] Dia kata nasib baik dia tak pakai kain batik. Gua gelak tak hengat dunia...


1815hr - 28 May 2010
Sampai arini gua macam tak caya gua da jadik tunang orang. Hahahah! So, gua tak la pelik sangat bila gua bagitau member-member terdekat yang gua da tunang ; diorang tak caya. Hahhahahah!!! Taknak caya gua tak kesah! :P

Followers