001

Tuesday, September 8 | |

Bicara 1
Telah datang seorang ibu ke dalam tidur anaknya dengan tersenyum dan wajah yang berseri-seri.
“Apa khabar sayang?” Sapa si ibu.
“Sudah lama anak-anak emak tidak datang menziarah kubur emak.” Kata ibu dengan tersenyum.
“Jaga diri kamu ya.”
“Sembahyang jangan lupa..”
...pesan si ibu sebelum berlalu pergi.


Bicara 2
Seorang anak kecil memegang lututnya sedang yang luka. Ibunya datang membawa ubat untuk merawatnya.

“Ibu, kenapa ibu menangis?” “Aiman tak nangis pun. Aiman kuat..”
“Sayang ku..”
“..ibu menangis kerana bimbang siapa yang akan menjaga Aiman bila ibu sudah tiada nanti.”


Bicara 3
Seorang pemuda termenung di hadapan komputer. Mengelamun mengingatkan sesuatu. Datang rakan sepejabat menyergahnya lalu menegur,

“Wah! Senyum panjang nampak. Ingat aweqlah ni!”
“Tak lah. Teringat arwah abah rotan sebab tak pergi sekolah dulu.”


Bicara 4
Situasi 1 : Si ibu yang sedang tidur di rumah tiba-tiba mengigau, memanggil-manggil nama anaknya. Si ayah tersedar lalu mengejutkan ibu.

Situasi 2 : Si anak yang sedang meneguk arak tiba-tiba tersedak, “Siapalah yang sebut-sebut nama i ni. Nak mabuk pun tak senang tau.” Kata-kata anak gadis itu di sambut dengan hilai tawa rakan-rakannya.


Bicara 5
Truut... Truut...
“Hello umi, call adik lain kali. Adik tengah busy ni..” “..okay umi, ada call masuk ni. Bye.”
“Hai sayang... Sorrylah lambat angkat. Ada call tadi...” “..tak lah. I tak buat apa-apa pun ni. U tengah buat apa tu? I rindulah kat u.. U nak tau tak...”


Bicara 6
Minggu 1 : “Mak, orang balik lambat. Orang makan kat luar.”
Minggu 2 : “Mak, orang balik lambat. Mak masak apa?”
Minggu 3 : “Mak, hari ni masakkan asam pedas.”
Minggu 4 : “Mak, mak masak apa? Tengahari orang balik makan kat rumah.”


Bicara 7
Situasi 1 : “Ye sayang. Sayang tanya apa tadi?” “Oh.. Ni sama macam yang b ajar kat sayang minggu lepas.”

Situasi 2 : “Apa bendanya lagi ni mak. Dari hari tu orang ajar. Kan senang jer ni.”


Bicara 8
Situasi 1 : “Tak pe Pak Imam. Pak Imam duduk je..” “..ini semua biar Adi uruskan.”
Situasi 2 : “Alahai abah ni. Nantilah.. Adi penat ni.”


Bicara 9
Sementara menunggu resit jam tangan yang di beli mereka, 3 orang anak gadis berbual-bual tentang tarikh lahir.

Gadis 1 : Bulan 3... Johari, Fiza, Nurul, Shera. Yusri KRU pun bulan ni jugak tau.
Gadis 2 : Bulan 3 ke? Yusri bukan bulan 1? Bulan 1 la..
Gadis 3 : Memandai je korang berdua ni. Bulan 3 Anuar Zain. Bulan 1 Justin Timberlake. Ish..
Apek : Waaa... Lu punya otak manyak bagus ooo... Ini jam u beli untuk birthday u punya ma aa..??
Gadis 1 &3 : Err...
Gadis 2 : Err.. Jangan sibuk la apek..


Bicara 10
Di dalam sebuah teksi yang tersangkut di dalam kesesakan lalu lintas, seorang pemuda yang lengkap berbaju melayu kelihatan tenang dan sesekali melihat jam di tangannya.

Pemandu : Hensem aa.. Uncle mau tanya sikit boleh?
Pemuda : Tanyalah uncle...
Pemandu : Simalam uncle ala baca itu paper melayu punya. Itu writter ala pakai songkok macam u. Itu writter kasi tulis ini aa..

*pemandu mengeluarkan cebisan kertas dari poketnya – S U N A T M U ’ A K A D – lalu menghulurkan kepada pemuda

Pemuda : Err...
Pemandu : Itu sunat kasi potong abis ka hensem?
Pemuda : Err... Uncle, lu kasi turun sama wa kat stesen LRT depan. Wa sudah lambat.

0 comments:

Followers